Jumaat, 10 Februari 2012

air sembahyang


Air Sembahyang

Ketika berkumur
Berniatlah kamu dengan , “Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidah ku ini.”
Penjelasan : Kita hari – hari bercakap perkara- perkara yang tidak berfaedah.

Ketika membasuh muka
Berniatlah kamu dengan , “Ya Allah, putihkan lah muka ku di akhirat kelak, jangan lah Kau hitamkan muka ku ini.”
Penjelasan: Ahli syurga mukanya putih berseri - seri

Ketika membasuh tangan kanan
Berniatlah kamu dengan , “Ya Allah, berikanlah hisah – hisab ku di tangan kanan ku ini”
Penjelasan: Ahli syurga diberikan hisab – hisabnya di tangan kanan.

Ketika membasuh tangan kiri
Berniatlah kamu dengan , “Ya Allah, janganlah kau berikanlah hisah – hisab ku di tangan kiri ku ini”
Penjelasan: Ahli neraka diberikan hisab – hisabnya di tangan kiri

Ketika membasuh kepala
Berniatlah kamu dengan , “Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di Padang Masyar dengan Arasy Mu
Penjelasan: Panas di Padang Masyar seolah – olah matarai berada sejengkal dari atas kepala.

Ketika membasuh telinga
Berniatlah kamu dengan , “Ya Allah, Ampunilah dosa telinga ku ini.
Penjelasan: Setiap hari kita mendengar orang memfitnah, mengumpat dan lain-lain.

Ketika membasuh kaki kanan
Berniatlah kamu dengan , “Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi Titian Siratul Mustaqim.
Penjelasan: Setiap hari kita mendengar orang memfitnah, mengumpat dan lain-lain.

Ketika membasuh kaki kiri
Berniatlah kamu dengan , “Ya Allah, bawakan lah daku ke masjid-masjid, surau-surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat.
Penjelasan: Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai diantara kita yang tidak sedar akan hakikat bahaw asetiap yang dituntut dalm islam mempunyai hikmah yang tersendiri

Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam Islam?
Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Fikir kan dan renungkanlah……

Tiada ulasan:

Catat Ulasan